Friday, September 9, 2016

Perkara yang perlu anda tahu tentang driveshaft


Tahukah anda DRIVESHAFT yang bermasalah boleh merosakkan komponen dalaman GEARBOX AUTO? Bagaimana cara untuk mengesan driveshaft yang bermasalah?

Perkara yang perlu anda tahu tentang driveshaft

Driveshaft adalah komponen yang memindahkan kuasa dari gearbox pada tayar untuk berputar. Ia dipasang pada bahagian kiri dan kanan gearbox... pada setiap driveshaft ada 2 CV JOINT iaitu inner cv joint (pada gearbox) dan outer cv joint (pada tayar). Kebiasaannya kerosakan akan berlaku pada bearing cv joint disebabkan oleh faktor wears and tears.

Cara mengesan kerosakan pada CV JOINT

1. Ketika anda membuat U-TURN, terdengar bunyi yang mengikut pusingan tayar... sama ada kiri atau kanan tayar. Bermakna outer cv joint pada driveshaft bermasalah. Ia akan mengganggu pemanduan tetapi tidak akan merosakkan gearbox.

2. Masuk gear D, tekan paddle minyak dengan lebih secara mengejut. Anda dapati steering bergegar semasa kereta bergerak... bermakna inner cv joint pada driveshaft bermasalah. Ini akan menyebabkan gearbox anda dalam keadaan BERISIKO kerana gegaran pada gearbox akan terhasil. Anda perlu ingat, gearbox boleh tahan pada sentapan tetapi TIDAK pada GEGARAN...

Jika anda dapati inner cv joint bermasalah, jangan dibiarkan masalah ini berlarutan hingga 2-3 bulan... ia akan menyebabkan kerosakan pada komponen dalaman gearbox terutama pada clutch plate, bearing dan seal dalaman (komponen yang sensitif). Tekanan hidraulik dalam gearbox juga akan terganggu.

Simptom awalan kerosakan gearbox yang akan anda hadapi sekiranya tidak menggantikan driveshaft yg bermasalah:

1. Pertukaran gear terganggu

2. Akan berlaku slipping semasa pertukaran gear

3. Gear D atau R lambat berfungsi

4. Gearbox bunyi berdengung

5. Berlaku sentapan semasa pertukaran gear

Apa yang perlu dibuat sekiranya simptom di atas ada pada gearbox anda?

Driveshaft yang bermasalah perlu diganti. Sebagai rawat awal, gunakan Gearbox Treatment dari JV Auto Lube untuk merawat komponen dalaman gearbox yang bermasalah dan memulihkan tekanan hidraulik. Bahan yang terdapat dalam gearbox treatment kami boleh memulihkan sifat keanjalan getah pada seal dalaman... juga untuk mengurangkan geseran melampau yang boleh menyebabkan clutch plate semakin haus dan mencegah bearing dari pecah. Masalah akan beransur pulih dalam tempoh 2 ke 4 minggu... insyaAllah.
.
=================
.
Engine Treatment & Gearbox Treatment dari JV Auto Lube berfungsi untuk tingkatkan prestasi, merawat masalah dan mencegah kerosakan. Dengan menggunakan Teknologi BIO OIL, kesan boleh dirasa seawal hari PERTAMA... juga untuk penjimatan bahan api hingga 24%. Tiada Risiko dan Tiada Kesan Sampingan. InsyaAllah
.
Engine Treatment - merawat masalah:
- engine semput & kurang pickup
- makan minyak hitam
- keluar asap putih
- kuat guna petrol / diesel
- terasa berat mendaki bukit
- engine gegar dan bunyi bising
.
Gearbox Treatment - merawat masalah:
- pertukaran gear tidak lancar
- engine meraung ketika pertukaran gear
- gear D atau R bermasalah pada waktu pagi
- gear D atau R lambat berfungsi
- bunyi berdengung dari gearbox
- susah masuk gear utk manual
.
Kandungan: 100ml sebotol
Harga: RM65 sebotol
.
=================
.
Lebih 100 TESTIMONI dari mereka yang telah mencuba produk JV Auto lube. Sila KLIK link ini untuk ke Album Testimoni di page kami:
.
>>> https://m.facebook.com/jvautolube/photos/?tab=album&album_id=1459644820996427
.
=================
.
BERMINAT untuk dapatkan JV Auto lube Engine Treatment & Gearbox Treatment?
.
>>> PM kami di fb atau whatsapp 013-3010341
.
=================
.
Atau hubungi PENGEDAR kami di kawasan anda. Sila KLIK link di bawah untuk ke post senarai pengedar kami:
.
>>> https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1482967701997472&id=1456339034660339
.
=================
.
**Sila KOMEN jika anda ada sebarang pertanyaan. Kami akan bantu yang terbaik untuk jawab pertanyaan anda**
.
**Sila LIKE dan SHARE sekiranya anda rasa TIPS ini bermanfaat pada anda**
.
=================
.
P/S: Siapa kami? JV Auto Resources ada 4 buah workshop kereta (pakar dalam overhaul Engine dan Gearbox) di sekitar Shah Alam. Kami juga dikenali sebagai Pakar Gearbox di fb... Produk JV Auto Lube adalah hasil kajian kami untuk bantu pengguna merawat masalah ENGINE dan GEARBOX, bertujuan untuk mengurangkan kos baik pulih yang mahal.
.

4 comments:

  1. sy dh tak berkhidmat lg dgn jv auto lube. utk pertanyaan mohon tuan hubungi En MZ 019-2841665

    mohon jasa baik owner blog untuk remove contact no saya 0133010341

    ReplyDelete
  2. Slm...sy nk tya..knapa gear auto sy lmbt tukar dri 1 ke 2..bila N msuk D,gear jdi hentak kuat..

    ReplyDelete
  3. Di kota kinabalu sabah dijual ka

    ReplyDelete
  4. Gear pada inner cv joint sdah haus.adkh hnya driveshaft sja yg rosak?

    ReplyDelete